kode adsense disini
Hot Best Seller

MF2014: Antologi Cerpen Ebook Fixi

Availability: Ready to download

A free ebook featuring new stories by 11 Fixi novelists, in conjunction with Malaysia Day 2014.


Compare
kode adsense disini

A free ebook featuring new stories by 11 Fixi novelists, in conjunction with Malaysia Day 2014.

30 review for MF2014: Antologi Cerpen Ebook Fixi

  1. 5 out of 5

    Juliza

    (2.7 bintang) It’s cynical, current and bitter. Sebuah kompilasi berbeza (selain fakta bahawa ia percuma :P) yang hamba fikir hampir kesemuanya tidaklah membuang masa untuk dibaca. Ada beberapanya punya kualiti yang bagus untuk sebuah tulisan pendek. Apa-apa pun, tahniah untuk semua atas usahanya :). 1) ’99 oleh Adib Zaini Kisah budak kelahiran 1999 yang mana pada tahun 2014 ini dibebani tekanan PT3 dan PBS. Tiga pelajar’99 kemudian membuat tindakan separa bodoh (buat sementara hamba ingin mengelar (2.7 bintang) It’s cynical, current and bitter. Sebuah kompilasi berbeza (selain fakta bahawa ia percuma :P) yang hamba fikir hampir kesemuanya tidaklah membuang masa untuk dibaca. Ada beberapanya punya kualiti yang bagus untuk sebuah tulisan pendek. Apa-apa pun, tahniah untuk semua atas usahanya :). 1) ’99 oleh Adib Zaini Kisah budak kelahiran 1999 yang mana pada tahun 2014 ini dibebani tekanan PT3 dan PBS. Tiga pelajar’99 kemudian membuat tindakan separa bodoh (buat sementara hamba ingin mengelarnya begitu kerana penamatnya tidak pula jelas menyatakan tindakan mereka berhasil atau tidak :P) dengan membuat perjanjian dengan setan bagi kelancaran ujian mereka. Dua ibu jari untuk sindiran tentang birokrasi dan klan termasuk satu ayat ini yang buat hamba berketawa sakan; “Awak racist dengan setan ke?” 2) Perang Twitterjaya oleh Anuar Shah Mungkin hamba tahu inspirasi di sebalik watak @Mardina dan @JessicaLim serta peristiwa yang disiniskan penulis. Cuma untuk seorang yang masih bertatih cara membaca tweet dan mungkin antara orang yang tercatat namanya dalam senarai lewat dalam mengetahui segala macam perang atau budaya baru di Twitter dan Facebook, cerita pendek ini tidaklah begitu mengujakan. Hamba tidak cukup hip agaknya. Huhu. 3) Antara KJ dan Kevin Zahri oleh Dayang Noor Resensi yang sama bermula dari ayat kedua di nombor 2 di atas. (p.s Tak ada kena-mengena tapi hamba suka Beto Kusyairi. Dia antara pelakon lelaki Malaysia yang boleh mengucapkan dialog ter-cheesy di abad ini dan ia tidak menjemput loya.) 4) Ha! Haram! oleh Faizal Sulaiman Bermacam-macam kesinisan yang dimuatkan dalam cerita pendek ini dari soal pengaruh sehinggalah perihal tudung dan coklat. Ceritanya ditulis sebulatan penuh dengan disambungkan oleh titik-titik kecil yang menarik. Perkara halal haram yang diberatkan atau yang diterbelakangkan, cerpen ini pedas. 5) Bantuan Rakyat Satu Malaysia oleh Julie Anne Seputar kisah penerima BRIM yang bermacam-macam rencah. Ada yang menyuamkan hati, ada yang bikin panas dan ada juga yang tidak mendatangkan rasa. Ya, ceritanya seputar itu. Menarik juga dan ini pertama kali rasanya soal BRIM dikisahkan dari beberapa sudut pandang dan situasi. 6) OKU Dikurung oleh Khairi Mohd Kisah tentang seorang YB yang ingin jadi hero menyelamatkan seorang OKU dikurung. Dan, dua orang suruhannya yang bersifat melulu. Hamba suka pengajarannya. Jangan menuduh dan menghukum sesedap mulut ya. Pasti ada cerita hati di sebalik cerita muka yang dipapar akhbar. 7) Terbang oleh Lokman Hakim HAMBA SUKA CERPEN INI! Kisah seorang lelaki yang didatangi dua kanak-kanak serta bunga raya berwarna bendera yang sekelopaknya berwarna hitam. Cerita dan metafor yang menarik serta pengakhiran yang penuh konspirasi mengejutkan. Hamba jadi ingin survey buku yang ditulis oleh penulis ini. 8) Terlempar ke Masa Depan oleh M.Faiz Syahmi HAMBA SUKA CERPEN INI! Sangat! Seperti tajuknya, cerpen ini mengisahkan tentang Shaiful yang terlempar ke tahun 1453H/2032M setelah mem-pap!-kan seekor angkut-angkut dalam buku yang dibacanya. Hamba jadi tertarik dengan Tanah Milayu yang digambarkan penulis. Ah, hamba ingin merasai hidup dalam dunia begitu. 9) Rujuk oleh Nadia Khan Hamba fikir permulaan ceritanya biasa-biasa saja sebelum ia diakhiri dengan sesuatu yang mencetuskan teruja tanda tanya. Meski bahan dan isu ceritanya tidak terlalu sejagat tetapi tidak pula menghampakan. 10) Apple Pie oleh Saat Omar Entah di mana bermula dan apa sebenarnya sedang berlaku. Cerita ini membuat hamba binggung seperti watak utamanya yang hilang ingatan bahawa dia seorang ahli politik. 11) E-mel dari Seberang oleh Syaihan Syafiq Hamba mencari-cari isu sejagat yang mungkin disiniskan secara hebat tetapi disebut sepintas lalu saja. Babak melamar yang terlalu manis.

  2. 5 out of 5

    Gobokairina

    Sinikal. Sarkastik. Yang boleh menyakitkan hati seseorang. Yang boleh menyebabkan sel-sel otak mula berhubung hahaha Kalau mahu kisah cinta. Ini. Bukan. Untuk. Kamu. Tapi, kalau korang cari kisah yang fresh, makan dalam punya. Ha, sila-sila pilih e-book ni sebagai bahan bacaan terbaru. Nipis je. Kalau jenis yang baca non-stop rasanya sehari pun boleh habis, entah-entah sejam. Yang mudah, kisah ni akan buat kau tergelak sumbing sambil tahan rasa pedih. Lagi-lagi bila ada nama Zil Faezrul Razin. What? Sinikal. Sarkastik. Yang boleh menyakitkan hati seseorang. Yang boleh menyebabkan sel-sel otak mula berhubung hahaha Kalau mahu kisah cinta. Ini. Bukan. Untuk. Kamu. Tapi, kalau korang cari kisah yang fresh, makan dalam punya. Ha, sila-sila pilih e-book ni sebagai bahan bacaan terbaru. Nipis je. Kalau jenis yang baca non-stop rasanya sehari pun boleh habis, entah-entah sejam. Yang mudah, kisah ni akan buat kau tergelak sumbing sambil tahan rasa pedih. Lagi-lagi bila ada nama Zil Faezrul Razin. What? Hahaha... sinis? Tapi aku suka. Kudos! Hadiah hari jadi buat Malaysia. Percuma saja. Sila download untuk bacaan lanjut.

  3. 5 out of 5

    Dyh Usen

    Rating penuh tu sebab benda ni dapat secara percuma. Ulang, PERCUMA. Dia macam ada jiran datang hulur sepinggan mee goreng mamak kat kau pagi hari cuti, takkanlah kau nak cakap tak sedap depan dia kan? Walau mee goreng mamak jiran kau tu jelasnya mee goreng basah. Dah orang bagi, kau ucap terima kasih ja :) Selamat hari Malaysia, Malaysia.

  4. 5 out of 5

    Asmar Shah

    2.5* untuk keseluruhan koleksi cerpen ini. Cerpen yang terkandung di dalam naskah e-book ini semuanya berkaitan dengan isu yang hangat di malaysia mahupun berkaitan hidup sosial rakyat negara ini dan yang penting berkaitan dengan negara ini. Ada beberapa buah cerpen yang buat diri ini rasa teruja bila membacanya tapi bila semakin asyik membaca, rupanya sudah sampai ke penghujung. Alamak, memang betul-betul buat sakit hati! Maaf... Kata orang rasanya hanya sedang-sedang sahaja. Tidak terlalu serono 2.5* untuk keseluruhan koleksi cerpen ini. Cerpen yang terkandung di dalam naskah e-book ini semuanya berkaitan dengan isu yang hangat di malaysia mahupun berkaitan hidup sosial rakyat negara ini dan yang penting berkaitan dengan negara ini. Ada beberapa buah cerpen yang buat diri ini rasa teruja bila membacanya tapi bila semakin asyik membaca, rupanya sudah sampai ke penghujung. Alamak, memang betul-betul buat sakit hati! Maaf... Kata orang rasanya hanya sedang-sedang sahaja. Tidak terlalu seronok tidak juga sangat menyesakkan! Ataupun boleh diperkatakan koleksi cerpen ini hanya suam-suam kuku enaknya. Antara cerpen yang aku suka adalah Terbang, 99 (walaupun ending yang sangat suck!), rujuk dan Terlempar ke masa hadapan. Membaca bahan bacaan ini sekadar untuk bacaan santai memang sangat sesuai. Terima kasih kepada Fixi untuk bacaan percuma ini! Selamat hari Malaysia!

  5. 4 out of 5

    Ririn

    3.5 bintang Ya, terima kasih FIXI kerana telah bermurah hati 'mengedarkan' kompilasi ini secara percuma. Disebabkan saya agak kurang pendedahan dengan karya-karya serta penulis2 alternatif, saya menjadikan ebook ini sebagai penanda aras untuk penilaian saya ;) Ternyata agak berpuas hati. Dan cerpen-cerpen yang dipaparkan boleh dikatakan hampir semua (ya, pada pandangan saya ada cerpen yang mengetengahkan isu negara sekadar seperti iklan sahaja) memenuhi temanya bersempena Hari Malaysia. Isu-isu ya 3.5 bintang Ya, terima kasih FIXI kerana telah bermurah hati 'mengedarkan' kompilasi ini secara percuma. Disebabkan saya agak kurang pendedahan dengan karya-karya serta penulis2 alternatif, saya menjadikan ebook ini sebagai penanda aras untuk penilaian saya ;) Ternyata agak berpuas hati. Dan cerpen-cerpen yang dipaparkan boleh dikatakan hampir semua (ya, pada pandangan saya ada cerpen yang mengetengahkan isu negara sekadar seperti iklan sahaja) memenuhi temanya bersempena Hari Malaysia. Isu-isu yang dipaparkan merangkumi pelbagai topik, tapi yang pastinya ianya isu-isu yang memang heboh diperkatakan di Malaysia dalam jangka waktu yang dekat ini (membuktikan memang cerpen2 ni cerpen yang baru dihasilkan). Rasanya kalau isu kertas UPSR bocor tu berlaku 2 minggu sebelum ebook ini dikeluarkan pun, akan ada penulis yang menggunakan isu tersebut. 11 cerpen dari 11 orang penulis, maka sudah tentulah ada 11 kisah dengan gayanya yang tersendiri. Ada kisah yang pada pandangan kasar nampak macam santai, tapi sindirannya pedas berbisa. Ada juga kisah yang menggunakan metafora yang dalam sehinggakan saya yang biasa2 ni sesat meneka-neka. Dan yang pastinya ada juga kisah yang buat saya fikir, apa isu sebenar yang nak diketengahkan ni? Sekali lagi, terima kasih fixi. Nanti-nanti, buatlah lagi ye? Sempena tahun baru ke? Hehehe ;)

  6. 5 out of 5

    Don ツ

    Terima kasih Fixi. Pertamanya saya sukakan MF2014 ini bukan hanya kerana ianya percuma tapi juga kerana isinya. Thumbs up! Hampir 84% suka. Itu dah kira A one kalau dalam SPM tak silap. Diperhatikan semua cerpen dalam ni ada selitkan pelbagai gimik dan peristiwa yang jadi trend kat media sosial dan media massa. Jadi tak susah nak faham. WARNING! Anda mungkin takkan suka kalau anda alah pada isu politik [yang fofuler semenjak-dua menjak ni] dan alergi pada media sosial. Ia lebih baik jk ada pandan Terima kasih Fixi. Pertamanya saya sukakan MF2014 ini bukan hanya kerana ianya percuma tapi juga kerana isinya. Thumbs up! Hampir 84% suka. Itu dah kira A one kalau dalam SPM tak silap. Diperhatikan semua cerpen dalam ni ada selitkan pelbagai gimik dan peristiwa yang jadi trend kat media sosial dan media massa. Jadi tak susah nak faham. WARNING! Anda mungkin takkan suka kalau anda alah pada isu politik [yang fofuler semenjak-dua menjak ni] dan alergi pada media sosial. Ia lebih baik jk ada pandangan lebih terbuka terhadap isu semasa. Sangat2x sinikal dan Penuh ayat metafora yang tiba-tiba jadi mcm mimpi semacam penafian (detachment) terhadap tema sebenar. ps: silalah baca dan beli buku-buku terbitan Fixi banyak-banyak, supaya kita boleh dapat percuma kompilasi2 seperti ini lagi pada masa depan ;)

  7. 5 out of 5

    Khairi

    Bintang pertama kerana ia percuma. Bintang kedua kerana semua cerpen bertemakan peristiwa sebenar yang berlaku dalam Malaysia, yang dekat dengan hati rakyat Malaysia. Bintang ketiga, keempat dan kelima milik cerpen terbaik bagi saya iaitu Rujuk - Nadia Khan, Apple pie - Saat Omar dan Surat dari Seberang - Syaihan Shafiq. Pembacaan ringkas ini jadi bermakna.

  8. 5 out of 5

    Shafaza Zara

    Ada yang sangat bagus. Mungkin cuma satu atau dua sahaja yang buatkan rasa --- "Kenapa awalan kau baik sahaja, tapi pengakhiran langsung tak boleh diterima?" Merujuk kepada novelnya yang aku tak dapat hadam dengan sempurna dan akhirnya terbengkalai begitu sahaja. Keseluruhannya bagus. Tahniah buat penulis-penulis dan terima kasih FIXI.

  9. 5 out of 5

    Hikaoru

    1. '99- First, that devil was so cool! Incorporating that huge hole that people kept making fun off had a great effect. My brother's 15 so he's going through the shitty phase of being a social (educational maybe?) experiment. Not saying that my generation wasn't a guinea pig as well but they had it worse. Selling their soul to the devil was supposed to be a grim occasion but a lawyer and a devil? You're dead meat, kids. (However, i find this one-shot funny) 2. Perang Twitterjaya- "All cruelty spr 1. '99- First, that devil was so cool! Incorporating that huge hole that people kept making fun off had a great effect. My brother's 15 so he's going through the shitty phase of being a social (educational maybe?) experiment. Not saying that my generation wasn't a guinea pig as well but they had it worse. Selling their soul to the devil was supposed to be a grim occasion but a lawyer and a devil? You're dead meat, kids. (However, i find this one-shot funny) 2. Perang Twitterjaya- "All cruelty springs from weakness"- Seneca. nuff said. 3. Antara KJ dan Kevin Zahri- Peaked my interest on the whole whose this Kevin Zahri guy. KJ... not so much but my friends are crazy about him. Dunno why though. 4. Ha! Haram!- Almost forgot about the issue about Cadbury. Is it wrong for me to not make a fuss about this? What's done is done. Just don't eat it if you know it's wrong. Complain to the authorities but extreme measures are just that. Extreme. *sniggers* It has already been a part of you anyway, eaten by your cells and such. This 'haram' business also shed light on how we treat others who had different belief. We are so rigid that we forget the need o be kind. 5. Bantuan Rakyat Satu Malaysia- too close for comfort 6. OKU dikurung- "There are three sides to every story: your side, my side, and the truth. And no one is lying. Memories shared serve each differently." -Robert Evans. The two unemployed men in the coffee shop actually represents our society. They don't really care about the truth. It's all about what they can gain from it. Even simply entertainment is still considered a gain. It also makes them feel good not to have the bad qualities portrayed by the media about these people. But to take responsibility? I think not. 7. Terbang- The start was way to descriptive with no relevant to it whatsoever. I got really bored and I'm sorry to say that. I think I only like the part at the end where it turns out that the hallucination was caused by a chip embedded in the brain. This actually got me thinking. I remembered watching CSI Miami where a teen singer was monitored by her mother by putting a GPS chip in her arm. The chip in the brain is a step-up from this. Who knows, in time, this might be possibble. However, in the book Divergent by Veronica Roth, the personality of their citizens were monitored by a simulation similar to this one. The only difference was instead of a chip, it was disguised as a mandatory entrance exam to a faction. The story Terbang ceased to be a dud because of the twist. 8. Terlempar ke Masa Depan- That was so freaking cool! Love it. Especially love the part where Malay words aren't simply adapted English words. 9. Rujuk- Muahahahahahahahaha. OMG, this writer gets me! Well, most probably I just adore the style and the part of non-conforming to society's ideals. You are my favourite Malay writer. Well, second to Hlovate of course. 10. Apple Pie- I was as confused as the main character, bloody hell. Did not interest me. 11. E-mel dari Seberang- Cute.

  10. 4 out of 5

    Gina

    I enjoyed 2 stories - RUJUK by Nadia Khan and E-MEL DARI SEBERANG by Syaihan Syafiq. The rest, well, can't say I enjoy it much. Then again, I've never been a fan of short stories. So my opinion in this area does not count.

  11. 4 out of 5

    Eerashera

    Paling suka cerpen Terbang, Terlempar Ke Masa Depan dan Rujuk.

  12. 5 out of 5

    Hajar

    3.5*. Terima kasih Buku Fixi untuk e-book percuma sempena Hari Malaysia. :D *tbc

  13. 5 out of 5

    Ira Nadhirah

    Jap jap nak teka nak teka! Tema cerpen kali ini mesti bersifat sinikal ke? That was my first thought. Dari cerita adib zaini sampai faizal sulaiman memang terkekek kekek aku gelak. Sebab memang sangat malaysian. Mardina tak boleh blah! Kahkahkah. Setepek setepek kena kat hang. Lepas tu cerita julie anne da start macam nak deep. Aku suka part bahagi duit nak gi haji tu. Walaupun masa lepas anak dia tanya duit baki tu aku da aha mesti ayah dia nak menipu ni padahal nk gi joli (so malaysian) sekali Jap jap nak teka nak teka! Tema cerpen kali ini mesti bersifat sinikal ke? That was my first thought. Dari cerita adib zaini sampai faizal sulaiman memang terkekek kekek aku gelak. Sebab memang sangat malaysian. Mardina tak boleh blah! Kahkahkah. Setepek setepek kena kat hang. Lepas tu cerita julie anne da start macam nak deep. Aku suka part bahagi duit nak gi haji tu. Walaupun masa lepas anak dia tanya duit baki tu aku da aha mesti ayah dia nak menipu ni padahal nk gi joli (so malaysian) sekali salah. So ok cuma ending hmm entah ok lah short story kan. Then cerita oku kena kurung tu memang sama dengan cerita sebenar yang famous sekejap haritu. Cuma ending dia aku suka gila sebab kelakar! Sibuk lagi nak jaga tepi kain orang, padan muka. Cerita lokman hakim deep. Deep sangat. Cerita dia paling different dari others kot. Sebab penggunaan bahasa yang agak formal dan teratur. Mula mula ingat macam sci fi lepas tu aku lost. Let it be. Cerita faiz syahmi ni aku paling suka. Tak tahu kenapa. Dia cam merepek gila takde point pun sebenarnya. Dah la ada unsur keagamaan pastu kaitkan politik yang tiba-tiba. Tapi tak tahu lah aku terhibur. Nadia khan macam biasa. Sentiasa dengan aura dia. Simple je cerita dia. Ending pun expected. Tapi point dia nak cakap pasal makcik makcik suka kepoh tu then perempuan suka risau benda tu memang kena kat hang lah senang cita. Cerita saat omar pun aku lost. Memang motif dia camtu kot. Cam first scene lain then tibe jadi menteri. Dan, akhirnya cerita syai. Satu je lah aku nak komen. Ok lah dua. Baca tajuk haritu aku dah damn, so aku tangguh baca mf2014 ni beberapa hari. Point aku adalah, kalau lah sebegitu senang, dah lama daku masuk meminang. Gituh. Personal interest sangat. Thanks syai. Gua terkena.

  14. 4 out of 5

    lucie parenkyuma

    2.5 stars If this free ebook was intended as a way of marketing strategies, it worked tremendously well. Now that I knew the distinct writing style of each author, picking a book won't be a tedious and meticulous job any longer. Out of twelve short stories compiled together, '99 fascinated me the most. Clever author, ended it when there are still questions hanging on the air. Definitely will buy the book if it is published in future. Storyline about soul-selling to a well-dressed devil sounds too 2.5 stars If this free ebook was intended as a way of marketing strategies, it worked tremendously well. Now that I knew the distinct writing style of each author, picking a book won't be a tedious and meticulous job any longer. Out of twelve short stories compiled together, '99 fascinated me the most. Clever author, ended it when there are still questions hanging on the air. Definitely will buy the book if it is published in future. Storyline about soul-selling to a well-dressed devil sounds too good, yes? Overall, decent compilation, could do much better, but since it is free, I'm ending this review with a thank you.

  15. 5 out of 5

    Nadira

    Suka semua tapi tak faham Apple Pie. Syahdu lah ending Emel Dari Seberang. Syahdu sangat.

  16. 5 out of 5

    Fairuz

    Naskah maya yang boleh dianggap sebagai pengisi ruang jeda yang beberapa detik terselit di celah-celah 24 jam.

  17. 4 out of 5

    Adrianz

    Dlm byk2 cerpen ni yg paling aku suka karya EMEL DARI SEBERANG (aku bc smbil dgr lagu Anuar Zain-Ajari Aku)..so sweet ending...aku menangis....terus teringat dgn buah hati aku......huhuhu

  18. 5 out of 5

    Ann

    done! ada cerpen yg seronok dibaca,tp ending x puas hati. aku suka cerpen 99,rujuk, terlempar di masa depan,terbang. lain2 juga not bad. paling best,sebab ia percuma! :-D

  19. 5 out of 5

    Julie

    I like it the way it was, bukan sebab aku salah seorang dari penyumbang. Tapi sebab sometimes we all wish the world is less bloody and fucked-up.

  20. 5 out of 5

    Zetty Khairunisa

    Kalau temanya itu sinikal, maka niche nya ialah Apple Pie. Hakikat ia percuma bukan sekadar ada saja. Ia lebih daripada sekadar boleh. Boleh sangat.

  21. 5 out of 5

    Dawlin Zainudin

    bintang2 dicantas sebab ada babak kucing kena bunuh ya, saya memang sensitif & cepat sentap kalau bab kucing ni p/s anyway thank you Fixi for the free ebook :)

  22. 5 out of 5

    Firdaus Abu Bakar

    patut la FREE.

  23. 5 out of 5

    Sharulnizam Mohamed Yusof

    Hampir terlupa saya pernah memuat turun ebook ini. Percuma sahaja di Play Book (Google). Masalah saya, saya ini tidak "mesra" ebook. Masih lagi suka memegang buku secara fizikal. Kerana itu, saya mudah lupa. Ebook ini sudah saya baca 3/4 entah bila, hanya malam tadi baru sempat menghabiskan yang berbaki. Panjang pula celotehnya. Ya, kerana saya tidak tahu apa yang patut saya ulas buku ini. Entahlah. Mungkin saya sudah mula "bosan" dengan buku-buku bersifat indie. Ataupun, saya sudah keliru dengan Hampir terlupa saya pernah memuat turun ebook ini. Percuma sahaja di Play Book (Google). Masalah saya, saya ini tidak "mesra" ebook. Masih lagi suka memegang buku secara fizikal. Kerana itu, saya mudah lupa. Ebook ini sudah saya baca 3/4 entah bila, hanya malam tadi baru sempat menghabiskan yang berbaki. Panjang pula celotehnya. Ya, kerana saya tidak tahu apa yang patut saya ulas buku ini. Entahlah. Mungkin saya sudah mula "bosan" dengan buku-buku bersifat indie. Ataupun, saya sudah keliru dengan maksud "indie". Apa maksud "indie"?

  24. 4 out of 5

    Ainur

    2.5 First of all, I love the idea of free ebook for this Malaysian Day. Thank you, Fixi! My favorite has to be Rujuk by Nadia Khan. It's funny. Though I never know the issue of becoming a widow. I like the issues told in this book. Politic, education, social media, BR1M, McD.... Oh the GST. All the issues happened in Malaysia this year. It's honest and everyone should read this.

  25. 4 out of 5

    Mobyskine

    Payah juga rupanya nak habis baca naskah ebook percuma yang tak berapa nak tebal ni. Keseluruhan memang sedang-sedang saja enaknya. Tak terlalu membosankan, tak juga terlalu mengujakan. Suka dengan tulisan Khairi Mohd. Sinis yang buat saya tersenyum-senyum sumbing (in a good way). Mungkin saya patut baca Kasyaf juga nanti. ps: Terima kasih FIXI!

  26. 5 out of 5

    Syuhadaa

    Tahniah Fixi. ebook percuma sempena Hari Malaysia. Paling melekat dalam kepala aku adelah Terbang dan Apple Pie. Oh ya, Rujuk pun best juga. Aku membayangkan endingnya si isteri tu bubuh racun dalam kopi sang suami, aha! Overall, antologi ni sesuai lah untuk bacaan ringan dan isi masa lapang pada hari cuti umum.

  27. 4 out of 5

    Haziqah Idris

    Walaupun percuma, lambat jugak ambil masa nak habis. Biasa-biasa sahaja.

  28. 5 out of 5

    Syukri Mohtar

    Menarik sebab semua cerita dalam ni tentang isu semasa ataupun trend di Malaysia.

  29. 5 out of 5

    mRs bOo ^_^

    terima kasih kerana bagi kami2 baca percuma simple je boleh buat refresh otak2 yg asyik ove story n konflik sana sini again.. tq hehe

  30. 5 out of 5

    Nur Husna Ateera

    (3.5/5) BR1M and Terbang.. Both of the stories caught me. And, of course, for God's sake, I love both. The stories were truly different and unique especially Terbang. Indescribable, I'd say.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...
We use cookies to give you the best online experience. By using our website you agree to our use of cookies in accordance with our cookie policy.